Hello readers ! | +Follow | Dashboard
Teenage Dream.: wasiat.

Monday, February 17, 2014

wasiat.

manusia sifatnya lemah. akalnya rendah. aku juga manusia. serupa kalian. serupa einstein. serupa abu. serupa karim. aku tak pernah terfikir aku akan jadi begini. jadi tak tentu hala. kerana seorang insan lain bernama manusia. aku rasa aku dah jumpa dia. "dia". satu insan yang aku tak mampu berpura. sampai satu saat, bila dia ingin perpisahan, aku mahu dia tahu apa aku rasa. tapi aku takut dia anggap itu kata manis dari seorang perempuan kepada seorang lelaki. aku jadi takut untuk luahkan. aku tahu dia yang satu. aku tahu dia rusuk kiri. aku tak pernah kisah kalau dia marah. merajuk. sebab aku lah tukang pujuk. aku tak kisah kawan -kawan anggap aku kera sumbang. aku hanya nakkan dia. memang aku perlu rakan-rakan. tapi aku perlu dia lebih. aku nak dia tahu tu. tapi aku takut. dia salah anggap. macam aku cakap tadi, aku sayang dia. mungkin aku tak sama macam perempuan lain. dia kata aku mudah terasa, mudah lupakan. jujur aku tak pernah lupa siapa-siapa yang pernah bergelar teman lelaki aku. cuma aku lepaskan sebab aku tahu aku tak boleh pergi jauh dengan dorang tapi tidak dengan dia. dia, aku tak boleh nak lepaskan. walau aku pergi jauh mana, aku tetap ingat dia. tetap. cuma aku tak pandai nak tunjuk dengan tindakan. hanya kata-kata aku boleh sampaikan. maafkan aku. aku sayangkan kau sampai aku mati. ingat benda ni. aku serius. dan mungkin ini wasiat terakhir aku. aku tak punya harta. cuma ada kau.

No comments:

Post a Comment